Bertindak untuk Mengatasi Perubahan Iklim dan Pemanasan Global
Perubahan iklim merupakan ancaman yang mungkin tidak disedari dan masih kurang diberi perhatian oleh masyarakat kini. Di Malaysia, masih terdapat segelintir masyarakat yang memandang ringan isu ini.
Pemanasan global berpunca daripada pembebasan karbon dioksida serta gas pemerangkap haba yang lain ke atmosfera. Gas ini bertindak sebagai selimut tebal yang memerangkap bahang matahari dan memanaskan bumi. Pertambahan gas ini dalam atmosfera akan meningkatkan proses pemanasan suhu bumi. Gas ini terbentuk daripada pembakaran hutan serta pembakaran bahan api fosil seperti arang batu untuk stesen janakuasa dan minyak mentah untuk kenderaan. Sekiranya isu pemanasan global tidak ditangani, ahli sains menjangka suhu bumi akan meningkat sebanyak 3 – 9 darjah menjelang akhir kurun ini [1].
Kajian terkini ke atas teras ais di Antartik menunjukkan kepekatan karbon dioksida sekarang adalah lebih tinggi daripada yang pernah dicatat sejak 650,000 tahun yang lalu.
Tahun 2005 merupakan tahun terpanas sejak bermulanya pengukuran suhu atmosferik. 10 tahun terpanas yang direkod adalah selepas tahun 1990. Pada musim panas tahun 2005 juga, rekod kepanasan telah dipecah di beratus bandar di Amerika Syarikat. Sejak 50 tahun yang lepas, suhu dunia telah meningkat pada kadar yang paling tinggi pernah direkod.
No comments:
Post a Comment