Monday, January 17, 2011

20 Tips Selamatkan Bumi

Mitigasi dan adaptasi adalah dua istilah yang harus kita ketahui dalam menangani isu pemanasan global. Penggunaan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) seperti tenaga hidro, biomass, biogas dan solar bagi penjanaan kuasa sedang diberi penekanan lebih meluas sejajar dengan Dasar Lima Bahan Api negara ini yang dibentuk di bawah Rancangan Malaysia Ke-Lapan dan sedang digalakkan dengan memberi lebih penekanan di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sembilan [1]. Langkah ini adalah untuk mengurangkan penggantungan terhadap bahan api fosil seperti arang batu dan minyak mentah [2]. Setiap rakyat Pulau Pinang boleh menyumbang sedikit sebanyak kepada pemuliharaan alam sekitar seperti berikut:
  1. Jimatkan penggunaan tenaga di rumah dan di pejabat, padamkan lampu dan alat-alat elektronik seperti televisyen, komputer dan alat pencetak yang tidak mustahak. Penggunaan mod standby akan meningkatkan penggunaan bekalan elektrik sebanyak 5-13%[3].
  2. Amalkan pengitaran semula. Dalam pengurusan sisa pepejal, sentiasa ingatkan tafsir 3R, iaitu Reduce (Kurangkan),  Reuse (Guna semula) dan Recycle (Kitar semula). Asingkan bahan boleh dikitar semula daripada sampah-sarap yang lain supaya sisa pepejal yang perlu dihantar ke tempat pembuangan boleh dikurangkan.
  3. Kurangkan penggunaan beg plastik kerana ia memakan masa yang lama untuk dibiodegradasi.
  4. Sentiasa menggunakan bekas makanan yang boleh dicuci, elakkan bekas polistirena.
  5. Sediakan mug atau air botol yang boleh diguna lagi. 80% air botol plastik boleh dikitar semula tetapi hanya 20% sahaja yang akhirnya dikitarsemula [4].
  6. Jimatkan penggunaan kertas. Amalan ini boleh selamatkan sumber hutan.
  7. Tanam pokok.
  8.  Jimat air dan simpan air hujan.
  9. Menjadi peniaga dan konsumer yang cekap dan bertanggungjawab. Konsumer harus  bertabiat menyemak label produk semasa membeli-belah. Pilih produk yang tidak menggunakan pembungkusan terlampau (over-packaging) dan mesra alam.
  10. Berjalan atau berbasikal ke destinasi  yang dekat dan gunakan kenderaan awam jika boleh.
  11. Sisa organik boleh dibuat kompos untuk diguna sebagai baja untuk tanaman.
  12. Pembakaran terbuka adalah dilarang
  13. Elakkan pembaziran makanan. Ini akan dapat mengurangkan pelepasan gas CO2 yang dikaitkan dengan proses pengeluaran dan pengangkutan makanan [5].
  14. Berkongsi kenderaan (carpool) [6].
  15. Belilah barangan buatan tempatan [7].
  16. Mengurangkan penggunaan aplikasi spin-dry mesin basuh dan menggantungkan pakaian di bawah matahari [8].
  17. Bersenam di taman rekreasi berdekatan daripada menggunakan treadmill [9].
  18. Menggunakan lampu jimat elektrik [10].
  19. Shut down komputer semasa waktu rehat dan sebelum balik daripada pejabat [11].
  20. Mengurangkan berat bagasi semasa menaiki kapal terbang [12].

Saturday, January 15, 2011

Gas Rumah Hijau

Gas rumah hijau (Greenhouse Gases (GHGs)) seperti karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera melalui proses semulajadi dan juga aktiviti manusia. GHGs yang lain dilepaskan oleh aktiviti manusia semata-mata. GHGs ini adalah seperti berikut:

Carbon Dioksida (CO2)
Karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera melalui pembakaran bahan api fosil, sisa pepejal, pokok-pokok, tindakbalas kimia seperti industri pembuatan simen. Karbon dioksida dikeluarkan daripada atmosfera apabila diserap oleh tumbuhan

Metana (CH4)
Metana dilepaskan semasa pengeluaran dan pengangkutan arang, gas asli dan minyak mentah. Metana juga dilepaskan daripada aktiviti penternakan dan pertanian serta pereputan sisa organik di tapak pelupusan sisa pepejal (landfill)  

Nitrus Oksida (NO2)
Nitrus oksida dibebaskan semasa aktiviti pertanian dan perindustrian serta semasa pembakaran bahan api dann sisa pepejal  

Gas Flourin
Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon dan sulfur heksafluorida merupakan GHGs sintetik yang kuat dan dibebaskan oleh beberapa proses industri.   Gas fluorin kadang-kadang digunakan sebagai pengganti bahan penipisan ozon seperti CFCs, HCFCs dan halon. Gas-gas ini biasanya dibebaskan dalam kuantiti yang kecil tetapi disebabkan kekuatannya, mereka dikenali sebagai gas berpotensi tinggi untuk menyebabkan pemanasan global (High Global Warming Potential gases (High GWP gases)) [1].
Perubahan iklim yang berlaku tidak hanya melibatkan Malaysia sahaja, malah ia merupakan permasalahan global yang harus ditangani bersama oleh seluruh dunia. 

Perubahan Iklim

Bertindak untuk Mengatasi Perubahan Iklim dan Pemanasan Global
Perubahan iklim merupakan ancaman yang mungkin tidak disedari dan masih kurang diberi perhatian oleh masyarakat kini. Di Malaysia, masih terdapat segelintir masyarakat yang memandang ringan isu ini.
Pemanasan global berpunca daripada pembebasan karbon dioksida serta gas pemerangkap haba yang lain ke atmosfera. Gas ini bertindak sebagai selimut tebal yang memerangkap bahang matahari dan memanaskan bumi. Pertambahan gas ini dalam atmosfera akan meningkatkan proses pemanasan suhu bumi. Gas ini terbentuk daripada pembakaran hutan serta pembakaran bahan api fosil seperti arang batu untuk stesen janakuasa dan minyak mentah untuk kenderaan. Sekiranya isu pemanasan global tidak ditangani, ahli sains menjangka suhu bumi akan meningkat sebanyak 3 – 9 darjah menjelang akhir kurun ini [1].
Kajian terkini ke atas teras ais di Antartik menunjukkan kepekatan karbon dioksida sekarang adalah lebih tinggi daripada yang pernah dicatat sejak 650,000 tahun yang lalu.
Tahun 2005 merupakan tahun terpanas sejak bermulanya pengukuran suhu atmosferik. 10 tahun terpanas yang direkod adalah selepas tahun 1990. Pada musim panas tahun 2005 juga, rekod kepanasan telah dipecah di beratus bandar di Amerika Syarikat. Sejak 50 tahun yang lepas, suhu dunia telah meningkat pada kadar yang paling tinggi pernah direkod.

Kitar semula



Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.[1][2] Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula.[2] Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.
Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).
Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan (dan melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan; juga kerja yang dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan, perlombongan, dan industri lain yang dikaitkan dengan pengeluaran baru; dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang berpanjangan.