Monday, January 17, 2011

20 Tips Selamatkan Bumi

Mitigasi dan adaptasi adalah dua istilah yang harus kita ketahui dalam menangani isu pemanasan global. Penggunaan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) seperti tenaga hidro, biomass, biogas dan solar bagi penjanaan kuasa sedang diberi penekanan lebih meluas sejajar dengan Dasar Lima Bahan Api negara ini yang dibentuk di bawah Rancangan Malaysia Ke-Lapan dan sedang digalakkan dengan memberi lebih penekanan di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sembilan [1]. Langkah ini adalah untuk mengurangkan penggantungan terhadap bahan api fosil seperti arang batu dan minyak mentah [2]. Setiap rakyat Pulau Pinang boleh menyumbang sedikit sebanyak kepada pemuliharaan alam sekitar seperti berikut:
  1. Jimatkan penggunaan tenaga di rumah dan di pejabat, padamkan lampu dan alat-alat elektronik seperti televisyen, komputer dan alat pencetak yang tidak mustahak. Penggunaan mod standby akan meningkatkan penggunaan bekalan elektrik sebanyak 5-13%[3].
  2. Amalkan pengitaran semula. Dalam pengurusan sisa pepejal, sentiasa ingatkan tafsir 3R, iaitu Reduce (Kurangkan),  Reuse (Guna semula) dan Recycle (Kitar semula). Asingkan bahan boleh dikitar semula daripada sampah-sarap yang lain supaya sisa pepejal yang perlu dihantar ke tempat pembuangan boleh dikurangkan.
  3. Kurangkan penggunaan beg plastik kerana ia memakan masa yang lama untuk dibiodegradasi.
  4. Sentiasa menggunakan bekas makanan yang boleh dicuci, elakkan bekas polistirena.
  5. Sediakan mug atau air botol yang boleh diguna lagi. 80% air botol plastik boleh dikitar semula tetapi hanya 20% sahaja yang akhirnya dikitarsemula [4].
  6. Jimatkan penggunaan kertas. Amalan ini boleh selamatkan sumber hutan.
  7. Tanam pokok.
  8.  Jimat air dan simpan air hujan.
  9. Menjadi peniaga dan konsumer yang cekap dan bertanggungjawab. Konsumer harus  bertabiat menyemak label produk semasa membeli-belah. Pilih produk yang tidak menggunakan pembungkusan terlampau (over-packaging) dan mesra alam.
  10. Berjalan atau berbasikal ke destinasi  yang dekat dan gunakan kenderaan awam jika boleh.
  11. Sisa organik boleh dibuat kompos untuk diguna sebagai baja untuk tanaman.
  12. Pembakaran terbuka adalah dilarang
  13. Elakkan pembaziran makanan. Ini akan dapat mengurangkan pelepasan gas CO2 yang dikaitkan dengan proses pengeluaran dan pengangkutan makanan [5].
  14. Berkongsi kenderaan (carpool) [6].
  15. Belilah barangan buatan tempatan [7].
  16. Mengurangkan penggunaan aplikasi spin-dry mesin basuh dan menggantungkan pakaian di bawah matahari [8].
  17. Bersenam di taman rekreasi berdekatan daripada menggunakan treadmill [9].
  18. Menggunakan lampu jimat elektrik [10].
  19. Shut down komputer semasa waktu rehat dan sebelum balik daripada pejabat [11].
  20. Mengurangkan berat bagasi semasa menaiki kapal terbang [12].

1 comment:

  1. Go green!! Singgah pastu bg mkn ikan. Blog yg baek utk kesihatan sejagat..^^,

    ReplyDelete