Saturday, January 15, 2011

Gas Rumah Hijau

Gas rumah hijau (Greenhouse Gases (GHGs)) seperti karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera melalui proses semulajadi dan juga aktiviti manusia. GHGs yang lain dilepaskan oleh aktiviti manusia semata-mata. GHGs ini adalah seperti berikut:

Carbon Dioksida (CO2)
Karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera melalui pembakaran bahan api fosil, sisa pepejal, pokok-pokok, tindakbalas kimia seperti industri pembuatan simen. Karbon dioksida dikeluarkan daripada atmosfera apabila diserap oleh tumbuhan

Metana (CH4)
Metana dilepaskan semasa pengeluaran dan pengangkutan arang, gas asli dan minyak mentah. Metana juga dilepaskan daripada aktiviti penternakan dan pertanian serta pereputan sisa organik di tapak pelupusan sisa pepejal (landfill)  

Nitrus Oksida (NO2)
Nitrus oksida dibebaskan semasa aktiviti pertanian dan perindustrian serta semasa pembakaran bahan api dann sisa pepejal  

Gas Flourin
Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon dan sulfur heksafluorida merupakan GHGs sintetik yang kuat dan dibebaskan oleh beberapa proses industri.   Gas fluorin kadang-kadang digunakan sebagai pengganti bahan penipisan ozon seperti CFCs, HCFCs dan halon. Gas-gas ini biasanya dibebaskan dalam kuantiti yang kecil tetapi disebabkan kekuatannya, mereka dikenali sebagai gas berpotensi tinggi untuk menyebabkan pemanasan global (High Global Warming Potential gases (High GWP gases)) [1].
Perubahan iklim yang berlaku tidak hanya melibatkan Malaysia sahaja, malah ia merupakan permasalahan global yang harus ditangani bersama oleh seluruh dunia. 

No comments:

Post a Comment